Cara buang data storage di whatsapp

Tutorial kali ini. Saya akan share pada anda, Cara buang data storage di whatsapp bagi mengurangkan penggunaan storage iPhone anda.

Ada banyak cara nak buang data storage whatsapp, salah 1 nya delete apps whatsapp tu kemudian install semula. Kekurangan kalau anda guna cara ni, semua data akan hilang termasuklah chat-chat yang penting.

Jadi kali ni, saya akan kongsikan pada anda cara buang data tanpa ganggu chat-chat anda yang penting tu. Kita boleh pilih chat yang paling banyak pakai data.

ada 2 cara saya nak sharekan pada anda semua.
so tanpa lenggahkan masa lagi. jom kita mulakan.

CARA PERTAMA

STEP 1 : buka app whatsapp anda. kemudian klik setting, kemudian klik “Data and Storage Usage”

STEP 2 : scroll ke bawah kemudian klik “Storage Usage”

STEP 3 : kat bahagian sini, whatsapp dah sort / susun chat/group mana yang paling banyak usage. so kita boleh delete chat/group yang paling banyak usage.

kebiasaannya group paling banyak data digunakan. Dengan membawangnya, gambar dan video lagi. fuhhh..

so pilih je mana yang anda nak buang.

STEP 4 : lepas dah pilih chat/group, scroll bawah skali klik “Manage”

STEP 5 : lepas klik “Manage” tadi, dia akan tick semua option yang ada. Kemudian klik “Clear”

STEP 6 : akan keluar menu seperti gambar di bawah. cuma perlu klik “Clear” sahaja

akan ambil masa beberapa saat untuk clearkan data2 ni..
so anda boleh mengurangkan usage data whatsapp anda dengan cara ni..
kelebihan cara ni, anda boleh tahu chat mana paling banyak usage, so kita boleh delete chat/group mana yang paling banyak.

faham ke faham ? ok kalau camtu.. jom tgk cara kedua pulak.

CARA KE 2

STEP 1 : swipe ke kiri pada chat/group yang anda nak clearkan data usage tu. lepas tu klik “more”

STEP 2 : kat bahagian sini, klik “Clear Chat”
step ni bagus untuk delete chat group tanpa anda exit group tu.

STEP 3 : klik “ Delete all messages” untuk clearkan chat/group tu.

so mudah kan?
semudah ABC..

so itu sahaja share dari saya. kita jumpa sesi sharing seterusnya.

jika bermanfaat jangan lupa share ya 🙂

One Comment on “Cara buang data storage di whatsapp”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *