Cara buat bootable USB drive macOS

Baik di sini sy akan share cara buat bootable USB drive untuk MAC

untuk apa buat bootable ni ?

kalau windows, korang nak format computer kena ada CD/USB kan? so sama macam mac.
korang nak clean restore/format guna USB.

so kene buat bootable dia dulu di usb korang.. so ni cara mudah untuk korang buat bootable USB.

so lepas ni boleh restore/format MAC sendiri, tak perlu hantar kat luar 🙂

ni cara buat bootable sahaja.. untuk restore sy akan share di post lain 🙂

SO INI CARA UNTUK BUAT BOOTABLE USB

#langkah 1

korang kena download disk creator terlebih dahulu. boleh klik link di bawah untuk download
https://macdaddy.io/install-disk-creator/

dah download pastu run..

oh ya sebelum terlupa.. logo disk creator tu seperti gambar di bawah ni.

dah run nanti akan keluar popup macam ni..

kalau keluar macam tu.. klik “open”

dan lepas tu akan seperti paparan di bawah

bila da keluar macam ni.. korang pilih USB korang untuk di jadikan bootable..

syarat :
• USB mesti kosong..
kalau ada bende penting simpan ke tempat lain dulu.. sebab bootable ni menggunakan 1 USB korang tu.. so xda bende lain.. dia akan format kemudian masukkan installer

• USB mesti minimum capacity 16gb
installer je dah 5gb lebih.. so nak selamat 16gb ok kot..

Ok bila da pilih USB untuk dijadikan bootable.

pilih OS mana pula nak di jadikan bootable dengan klik “Choose a macOS Installer”

contoh kalau korang nak ke macOS Sierra, pilih Sierra, nak ke mac OS High Sierra, pilih High Sierra.

takda macOS ni? jangan risau. boleh ke POST INI untuk tutorial download macOS

kebiasaan installer macOS ni di folder applications

bila dah pilih installer tekan “Open”

bila dah open tu, nanti akan keluar popup erase disk.

ni sebabnya dia nak format usb tu untuk dijadikan bootable.

klik je “erase disk” tu

bila dah erase nanti akan keluar popup minta login password admin.
so korang masukkan je password korang lepas tu klik ok

lepas ok tu, nanti dia akan erase disk dan install bootable ke USB drive korang


untuk bootable ni kebiasaannya ambil masa 20-40min (bergantung pada kelajuan USB drive korang) so korang tunggu je la sampai dia habis loading tu.

* cara restore MAC
* cara download installer macOS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *