Cara mudah buat Whatsapp Link

Cara mudah buat Whatsapp Link

Hii.. Assalammualaikum semua ๐Ÿ™‚

kali ini sy nak share cara mudah untuk buat whatsapp link

kebiasaan kita akan menggunakan “wasap.my“untuk buat link terus ke whatsapp kita kan?
dan ada jugak orang yang menggunakan “api.whatsapp.com
dan mungkin ada yang guna link lain selain dari di atas

kali ni sy share cara MUDAH untuk anda buat link whatsapp anda tak sampai 30 saat ๐Ÿ™‚

tak percaya? jom baca sampai habis

#LANGKAH 1

Masuk ke website atau tekan link di bawah

https://apps.mrachmatriadi.id/whatsapplinkgenerator/

#LANGKAH 2

Anda akan ke paparan seperti dibawah

Masukkan no fon anda. * (wajib)

no fon mesti bermula dgn no 6
contoh : 60123456789

di bahagian Message pula anda boleh isikan message.
contoh : SAYA NAK KEBAYA

so nanti bila orang klik link tu.. secara automatik dah tertulis “SAYA NAK KEBAYA” apabila mereka whatsapp anda

jadi senang untuk anda tahu, bila orang whatsapp anda dengan keyword “SAYA NAK KEBAYA” ni, datangnya dari link yang anda buat ni. BEST KAN ?

bila dah isi semuanya.. tekan “GENERATE”

#LANGKAH 3

Lepas generate anda akan dapat keputusan seperti dibawah

1. Link “api.whatsapp.com”

2. Link “Bit.ly”

ada 2 Link yang boleh anda pilih. (sebenarnya dulu 3, tapi google dah tak buat lagi short url)

anda hanya perlu pilih 1 link sahaja

KENAPA?

Sebab dua-dua link tu adalah script yang sama. bezanya cuma link tu panjang & pendek.

Link 1 adalah link dari “api.whatsapp.com” beserta no fon dan message yang anda masukkan tadi.

Link 2 pula, hanyalah shorten URL (bit.ly) dari link api.whatsapp.com
Shorten URL
ni maksudnya link yang di pendekkan. takde la jenuh nak copy & paste pepanjang macam link pertama.

jika orang klik kedua2 link ni, dia akan terus whatsapp no yang anda masukkan, dan auto message ayat yang anda masukkan

* contoh bila klik link, akan ada message yang kita siapkan tadi

boleh pilih link 1 ataupon 2.

*Kalau sy, sy lebih suka guna link no 2, sebab dia pendek dan ringkas.

kalau dah pilih, tekan “Copy Long URL” untuk link 1, “Copy Short URL” untuk link no 2

INGAT!! hanya perlu 1 link sahaja! pilih la mana 1 pon.. sama je pegi dia

DAN YES!!!
ANDA DAH PON BERJAYA BUAT LINK WHATSAPP DENGAN MUDAH!

mudah ke? mudah je kan? ๐Ÿ™‚

anda boleh guna link tu, dan anda share link tu di media sosial anda. kalau yang berniaga, lagi mudah nak track customer tu pm dari mana. kalau di IG set message untuk track di IG. sama juga kalau di FB, set message yang berlainan dari message di IG untuk memudahkan kita track customer kita ni dari mana ๐Ÿ™‚

so itu sahaja tutorial sy hari ni.

jumpa lagi di tutorial akan datang!

 

VERSI VIDEO

3 Comments on “Cara mudah buat Whatsapp Link”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *