Cara masukkan data pelanggan/prospek ke custom audience facebook

 

Tips untuk penggemar FBADS
cara masukkan data pelanggan ke custom audience facebook

Ini adalah salah 1 cara untuk anda retarget kembali pelanggan/prospek anda, ibarat pelanggan/prospek anda akan dihantui oleh brand anda..

kalau prospek dari tak beli, bila asyik dihantui akan jadi beli
kalau pelanggan pulak, dah beli.. akan beli lagi.. kan best macam tu? 🙂

baik tanpa bercakap banyak lagi (cakap ke?) di sini sy sharekan pada anda tutorial bagaimana anda nak retarget balik pelanggan/prospek anda di Facebook Ads (ofkos ianya tidak percuma)

#Langkah 1

Klik pada “Manage Ads”

#2

Klik pada “Ads Manager”, Kemudian klik “Audience”

Kalau tak jumpa “Audience” klik “All Tools” di bawah tu, lepas tu cari “Audience”

#3

Di bahagian “Audience”, klik “Create Audience” dan kemudian di bawah create audience ada “Custom Audience”

#4 lepas klik custom audience akan keluar popup seperti dibawah

Klik pada “Customer File”

#5

Klik pilihan pertama “add customers from your own file or copy and paste data”

#6 Kemudian akan ke paparan seperti screenshot di bawah

kemudian tekan “Upload File”

*Peringatan
File yang diterima hanya 2 jenis sahaja.

CSV(excel) & TXT(notepad) sahaja

selain dari itu tidak diterima

UNTUK NO PHONE
Format phone mesti bermula dgn 6

tak boleh ada space
tak boleh ada tanda (-)

contoh : 60124567890

UNTUK EMAIL


tak boleh ada tanda space
mesti penuh @ape.com

contoh : admin@fahmiarshad.com

#7

Klik file data yang nak diuploadkan file mesti jenis (CSV / TXT)

kemudian klik “Open”

#8

Lepas klik “Open” akan keluar paparan seperti di bawah.

kemudian tukar nama audience anda di “audience name”

contoh : no fon customer april atau sebagainya

bila dah selesai klik butang “next”

#9

Lepas klik butang “next” tadi, anda akan ke paparan seperti dibawah.

kalau anda upload file “CSV”, kebarangkalian akan ada column seperti dibawah. kerana dia baca setiap column yang kita save di file CSV.

Takpe abaikan yang lain. anda hanya perlu periksa bahagian “Phone Number” dan “Email” sahaja.

pastikan ada tanda checked “✔️” pada bahagian “Phone Number” & “Email”

Kalau upload file “TXT” berkemungkinan hanya 1 column, dan hanya salah 1, “Phone Number” atau “Email”

*Saya lebih suka upload melalui file “TXT” 🙂

#10

jika anda upload guna CSV, anda mungkin akan kepaparan seperti di bawah.

“Some Identifiers Won’t Be Uploaded”

Ini adalah sebab anda tidak identify column yang lain (takda tanda checked “✔️” pada column)

Sebab kita hanya identify column “Phone Number” atau “Email” sahaja

ini kebiasaannya kalau kita upload file “CSV”, kalau file “TXT” xda masalah ni.

Tapi ini bukanlah masalah besar. tapi takpe.. jangan risau.. cool.. haha..

kalau sampai paparan macam ni. anda hanya perlu klik “Upload Anyway”

#11

Tunggu dalam beberapa saat sementara facebook upload data untuk mencari database.

kalau takda masalah paparan anda akan jadi seperti dibawah.

302 rows uploaded (100%)

saya berjaya upload 302 data ke facebook untuk audience pelanggan/prospek saya.

bila dah berjaya klik butang “done”

dan SELESAI! anda baru sahaja berjaya upload database anda ke custom audience facebook 🙂

TAPI…

kalau anda ada mengalami seperti paparan dibawah

bermakna anda tidak dapat upload 100% data ke facebook custom audience

192 rows uploaded (100%)

ini bermakna facebook hanya dapat baca 192 nombor/email sahaja

berbeza dgn paparan di atas 302 rows uploaded

jadi macamana nak upload semua data kita ke custom audience kalau jadi masalah macam ni?

jangan panik.. anda hanya perlu klik “error report” (di bulatan merah) tu

nanti anda akan dapat error report.

mudah di baca, dia akan bagitau line no berapa yang facebook tak boleh baca.

kalau dia tulis line 3 6 12, anda hanya perlu check balik line/row data file “CSV” atau “TXT” anda

error no fon kebiasaannya
• takde country code (takda no 6 pada permulaan no fon)
• ada tanda dash (-)
• ada space pada no fon

Bila dah fix semua error, upload semula, insyaallah akan 100% upload data

kalau ada error, fix lagi sampai jadi 100% 🙂

selamat mencuba, semoga berjaya 🙂

LEPAS BUAT CUSTOM AUDIENCE NI NAK BUAT APA PULAK??

Anda boleh terus buat ads dan target balik pada custom audience anda 🙂

TAK TAHU MACAMANA NAK BUAT ADS RETARGETING PADA CUSTOM AUDIENCE?

jangan risau. tunggu tutorial kami yang seterusnya 🙂

terima kasih kerana sudi baca tutorial dari saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *